Salam,..
Terpanggil juga nak coretkan sepatah dua, ampun maaf kalau bahasa tak seindah bicara.
Benda dah lepas, arwah dah tak der, kita yg masih hidup bole cakap apa pun, bole puji apa pun, nak tidur atau tak tidur, nak sedih atau tak sedih itu masing-masing nyatakan, buat arwah, al-fatihah dari rakan-rakan.
Dah ternoktah bentuk layanan baik/buruk kita pada arwah dan dah dibawa bersama pemergian arwah, maaf dan sedekah al fatihah pada arwah itu terbaik.
Sementara hidup ni, sementara ada masa ni, kita berbaik puas2 sesama rakan2, family, sahabat taulan bikez sesama bikez...so kalau jadi kejadian seperti ni maka kita tak perlu nak HEBAH/HEBOH serata dunia ttg sesal.. coz kita sedia tahu apa yg kita buat/tak buat.
Elok ambil seminit dua tanya kita sendiri, berbulan-bulan semua kita bersama arwah semasa suka, tapi tak semua kita bersama arwah dan familynya dalam dua hari ni. Ada yang tinggal jauh, ada yang terpaksa bertugas. Sebahagian kecil yang hadir ada yang wujud dan ada yang tak wujud. Arwah tentu hargai sangat-sangat pada sebahagian kita yang tak pernah kenal dan tak pernah jumpa arwah tapi hadir di Kg Mahkota tu walau untuk seminit dua berbanding sebahagian kecil sahabat terdekat/sekonvoi tapi entahla...
Arwah sahabat kita saudara Nong bukan bikez pertama yang meninggal kemalangan di Malaysia, di Kuantan, dah ramai sangat, tapi setakat ni resam kita manusia, bersuka ria mmg ramai tapi nak hadiri situasi arwah sejam dua pun sukar. ... jadi untuk kita semua, hari ini arwah meninggalkan kita, hari kita pula pasti akan tiba... maksud perkataan sahabat/rakan/brotherhood akan kita ketahui juga pada ONE DAY tu.
Wallahhuallam...al-fatihah Allahyarham Nong dan al-fatihah juga buat kita semua.