Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Welcome to samuraisevenbikers.forumms.net. This is a page where Samurai Seven Bikers Brotherhood could interact. We invite everybody who has keen interest in bikes to join our website.
Selamat Datang ke Samurai Seven Bikers Brotherhood... Sila lawati Site Rules / Peraturan Berforum terlebih dahulu jika anda belum lagi membacanya... selamat berforum dan terima kasih kerana memilih www.samuraisevenbikers.com
Posts : 76 Join date : 17/09/2009 Age : 58 Location : Kuala Terengganu
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Tue Sep 29, 2009 8:35 am
ASSALAMUALAIKUM SEMUA... SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ARUAH DAN.......AL-FATIHAH.....
Setelah membaca semua tulisan teman2 S7 buat Aruah NONG.... Saya memahami...bahawasanya si aruah amat hampir dan mesra dgn S7.. Betapa kehilangan nya TERAMAT DIRASAI.... Lebih2 lagi pemergian nya diwaktu dlm agenda program S7...
Dikejauhan ini....Tak sempat menziarahinya..kerna musaqah.. Insyaallah minggu depan sampai....ingin sekali menjenguk keluarga si aruah... Situasi begini telah saya/kami lalui tika pulang dari Penang BIke Week...apabila seorg rakan kami accident dkt Grik... Sesungguhnya...detik2 kematiannya saya/kami melihat dan bersamanya... Maka saya/kami dpt merasai perasaan warga S7....
Walaumacamana pn.....Ketentuan Qada' dan Qadar Allah S.W.T tidak boleh di sanggah... Yang pergi....biarlah pergi....Kita iringkan DOA dn sedekahkan Al-Fatihah buat si Aruah.. Muga2 dirinya di tempatkan disisi Roh2 yang salih.....
Buat TOE, JUZZ, ANUAR(JEBAT), SYAHRUN DAN MAN KEMAMAN..Jutaan terimakasih diatas Info2 yg diberikan pada saya/kami disini....INSYAALLAH...KITA JUMPA LAGI..
Guest Guest
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Tue Sep 29, 2009 8:49 am
Salam,..
Terpanggil juga nak coretkan sepatah dua, ampun maaf kalau bahasa tak seindah bicara.
Benda dah lepas, arwah dah tak der, kita yg masih hidup bole cakap apa pun, bole puji apa pun, nak tidur atau tak tidur, nak sedih atau tak sedih itu masing-masing nyatakan, buat arwah, al-fatihah dari rakan-rakan.
Dah ternoktah bentuk layanan baik/buruk kita pada arwah dan dah dibawa bersama pemergian arwah, maaf dan sedekah al fatihah pada arwah itu terbaik.
Sementara hidup ni, sementara ada masa ni, kita berbaik puas2 sesama rakan2, family, sahabat taulan bikez sesama bikez...so kalau jadi kejadian seperti ni maka kita tak perlu nak HEBAH/HEBOH serata dunia ttg sesal.. coz kita sedia tahu apa yg kita buat/tak buat.
Elok ambil seminit dua tanya kita sendiri, berbulan-bulan semua kita bersama arwah semasa suka, tapi tak semua kita bersama arwah dan familynya dalam dua hari ni. Ada yang tinggal jauh, ada yang terpaksa bertugas. Sebahagian kecil yang hadir ada yang wujud dan ada yang tak wujud. Arwah tentu hargai sangat-sangat pada sebahagian kita yang tak pernah kenal dan tak pernah jumpa arwah tapi hadir di Kg Mahkota tu walau untuk seminit dua berbanding sebahagian kecil sahabat terdekat/sekonvoi tapi entahla...
Arwah sahabat kita saudara Nong bukan bikez pertama yang meninggal kemalangan di Malaysia, di Kuantan, dah ramai sangat, tapi setakat ni resam kita manusia, bersuka ria mmg ramai tapi nak hadiri situasi arwah sejam dua pun sukar. ... jadi untuk kita semua, hari ini arwah meninggalkan kita, hari kita pula pasti akan tiba... maksud perkataan sahabat/rakan/brotherhood akan kita ketahui juga pada ONE DAY tu.
Wallahhuallam...al-fatihah Allahyarham Nong dan al-fatihah juga buat kita semua.
mr42
Posts : 693 Join date : 13/08/2009 Age : 53 Location : Kuantan
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Tue Sep 29, 2009 9:11 am
Salam dari aku...
+ 1 Pokleh....
Camanapun aku mintak maaf berbanyak sebab malam tadi aku tak dapat menghadirkan diri bersama sahabat-sahabat lain ke rumah Aruah untuk tahlil, walaupun dah rancang sangat dah nak pergi...Ada tetamu-tetamu datang ke rumah pada waktu lepas maghrib tu.....Insha Allah, kalau malam ni ada majlis, aku akan cuba usahakan...
Al fatihah..
nzx10
Posts : 286 Join date : 04/08/2009 Age : 47 Location : kuantan
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Tue Sep 29, 2009 11:41 am
salam takziah kpd semua ahli keluarga, rakan2 dan sahabat2 arwah abg nong.....
tiada ungkapan yg nak sy ungkapkan kepada semua tengtang arwah.... pedih dan sedih sangat....
hanye kenangan bersama arwah xdapat sy lupakan.... biarlah sy simpan dan sy sahaja yg kenangkan sendiri... rasa mcm sy dah hilang sorg abang jer....huuuhhh...
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Tue Sep 29, 2009 2:07 pm
salammm...
eeemmm..nak tulis jugak la...masa hari kejadian aku baru siap2 nk kuar nk g shell la..pastu adik aku cal dia baru balik dari kl..dia kata ada bikerz acident..aku ingat bikerz luar..tp dia kata pakai t shirt je n moto warna hitam..so otak mula la pikir sapa yg acident n mesti gang ktn..aku harap sgt bukan gang s7..adik aku ckp location kt flyover nk g bypas..so aku g la tp tkda pun kt flyover tu tp tkda pun..aku terus g shel bkt rangin tp sorang pun tkda..masa tu la man gen cal bgtau tempat kjadian.mat fazer pun ada sms bgtau bro nong down..aku ingat acident biasa je..so terus g location..sampai je ctu dari jauh nampak moto arwah dan jasad arwah terbujur kaku dan di tutup dgn helaian surat khbar...rasa mcm tak pecaya..lemah rasa lutut..betul2 tak sangka sampai jd mcm tu..sebab sbelum ni ada gak gang s7 acident tp tk la sampai tahap mcm ni..
pada aku arwah ni betul2 seorang kawan,sahabat, bikerz yang amat disenangi...tak penah sakit kan ati kawan2..tak penah mengata kawan2..tak penah kutuk kawan2..tak penah cakap kasar2 dgn kawan2..tu la perangai semulajadi arwah yang membuatkan aku sgt2 respek dan kagum..so memang rasa sgt2 la bila dia dah tkda ni..
dan pada kita yang masih ada ni elok la kita muhasabah diri , contohnya dari segi cara tunggangan moto..saling ingat mengingati antara 1 sama lain..walaupun cara tunggangan moto adalah mengikut hak dan kemampuan masing2 tp ingat mengingati dan berpesan-pesan pun apa salahnya kan..mungkin dgn cara tersebut blh mengelakkan kita dari ditimpa musibah..khususnya ketika kita menunggang seorang diri..
so sama2 lah kita berdoa kepada allah supaya tidak ada lagi kejadian seperti ini menimpa kita semua dimasa akan datang..dan berdaoalah semoga allah jauh kan kita dari sebarang musibah dan malapetaka..aminn..
al-fatihah buat arwah nong...
mr42
Posts : 693 Join date : 13/08/2009 Age : 53 Location : Kuantan
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Tue Sep 29, 2009 3:12 pm
Salam...
emmm..kenapa bila aku baca stail post Nazri ni, aku terasa terbayang Nazri macam cakap live direct aje dengan kita semua???
Al fatihah....Nazri...aku yang dengar khabar dari rumah pun terus terduduk..inikan pula sahabat-sahabat yang hadir ditempat kejadian...
Zamani K8
Posts : 74 Join date : 27/09/2009 Age : 50 Location : Kemaman, Terengganu
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Tue Sep 29, 2009 3:29 pm
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh nya.. Insyallah.... p/s : All bikers termaksuk saya, berhati hati di jalan raya.. baca Bismillah sebelum ride.. Insyallah selamat.. ajal maut, jodoh pertemuan dan rezeki di tgn allah swt.. wallahuallam..
mazlan majid
Posts : 921 Join date : 11/08/2009 Age : 52 Location : Kuantan
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Tue Sep 29, 2009 6:27 pm
sedih
Al Fatihah... Salam Takziah dr Aku
banyak foto arwah dalam simpanan aku..... termasuk yg terAKHIR..... Maaf semua, tak boleh post kat sini demi menghormati arwah.
Guest Guest
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Tue Sep 29, 2009 6:47 pm
Bikez2 dari Perlis ada menghubungi saya dan turut menyatakan takziah dan al fatihah mereka kepada allahyarham saudara Nong kita, dan salam pada warga S7.
Last edited by pokleh on Tue Sep 29, 2009 7:19 pm; edited 2 times in total
ugly toe
Posts : 2179 Join date : 05/08/2009 Age : 53 Location : Tembeling Resort, Kuantan
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Tue Sep 29, 2009 6:50 pm
pokleh wrote:
Bikez2 dari Perlis ada menghubungi saya dan turut menyatakan sedih dan al fatihah mereka kepada allahyarham saudara Nong kita, dan salam pada warga S7.
Juga takziah dan salam dari rakan2 Bullet Bikez dari KB
hNr
Posts : 496 Join date : 05/08/2009 Location : Kuantan
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Wed Sep 30, 2009 2:14 pm
X perlu la kita sebut apa yg kita buat bro Toe, Allah lebih mengetahui... Allah lebih tahu dimana setiakawan S7 diwaktu2 sebegini...
Rasanya malas nk ulas banyak2...biarlah ALLAH yg tunjukkan kepada mereka sekiranya dusta itu direka utk menjatuhkan, meretakkan hubungan sesama ahli2 S7....
Secara peribadinya, saya amat berbangga dgn ahli2 S7 yg telah membuktikan semangat setiakawan diwaktu2 sebegini...Alhamdulillah...
ugly toe
Posts : 2179 Join date : 05/08/2009 Age : 53 Location : Tembeling Resort, Kuantan
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Wed Sep 30, 2009 4:06 pm
Salam buat semua,
Di masa keluarga S7 di dalam kesuraman dan kesedihan, ramai rakan2 bikez dari dalam maupun luar turut berkongsi perasaan yg sama. Ramai di antara kita menerima panggilan dan pesanan2 simpati dan takziah buat keluarga arwah..Alhamdulillah, itu lah sejati persaudaraan. Pun begitu, ujud juga golongan2 oportunis..yg mempunyai hasad terhadap keakraban kita cuba mewar2kan cerita dan pendapat negatif dan menyinggung perasaan. Golongan yg seolah2 prihatin..seolah2 luhur..seolah2 mengenali arwah secara peribadi ini cuba meraih perhatian ramai dgn KHABAR mereka sedangkan mereka sendiri tidak maklum hujung pangkalnya dan tidak layak utk bercerita. Memang sedih bila berita dumba tersebut sampai ke telinga. Kami S7 yg bersama2 arwah pada malam sebelum kejadian sebelum arwah meminta diri utk ke pejabat sekitar jam 11.30 mlm..tiada perbedaan dgn masa2 sebelumnya, sekadar meluangkan masa bersama2 seperti yg selesa kami lakukan selama ini. Kami S7 yg berkejar ke tempat kejadian sekilat kami menerima berita. Kami S7 yg setia di masa jenazah kaku arwah diuruskan. Kami S7 yg gugup turut serta mengafan jasad kujur arwah. Kami S7 yg menunaikan fardu kifayah utk jenazah dan Kami S7 yg bergenangan menghantar arwah ke tanah perkuburan sehingga jenazah lengkap disempurnakan. Semuanya di atas nama tanggungjawab persaudaraan. Bukan tujuan utk perbesarkan kisah penglibatan kami yg sebesar hama ini tp sekadar mengingatkan mereka2 yg alpha mengejar tumpuan dan nama..Nauzubillah. Al Fatihah.
Bagi yg berkenaan..tak perlulah ambil kesempatan ini meretakkan persaudaraan kami dlm usaha menaikkan nama sendiri kerana ikatan kami, S7 tetap utuh. Hentikanlah menyebarkan berita2 yg kamu sendiri tidak mengerti kerana ini akan mengundang permusuhan dan dendam. Sedarlah sahabat2 semua..tersuratnya maut seseorang hamba itu, tidak akan dipercepat atau diperlengahkan walaupun sedetik..Allah Maha Mengetahui. Percayalah kpd rukun Qada' dan Qadar...
Last edited by ugly toe on Thu Oct 01, 2009 12:19 pm; edited 3 times in total
maksuzy
Posts : 587 Join date : 08/08/2009 Age : 49 Location : kuantan
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Wed Sep 30, 2009 4:40 pm
Tak boleh tak rasa sedih everytime baca posts about arwah...Rasa kehilangan yang amat besar.
amoi
Posts : 84 Join date : 04/08/2009 Location : kuantan
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Wed Sep 30, 2009 5:37 pm
al-fatihah
hNr
Posts : 496 Join date : 05/08/2009 Location : Kuantan
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Wed Sep 30, 2009 6:19 pm
Geram bile terus membaca post Toe diatas.. Hairan...? dimana letaknya iman klu smpi tergamak berhasad disaat begini....???
bg yg berkenaan, insaf laa...muhasabah diri...fikirkan la dimana kiblat kita dn kepada siapa kita bersujud...
p/s : saya bkn lah alim, tp saya percaya kepada qada dn qadar Allah...
diharap perkara ini tidak berpanjangan... jika ada yg terbuku dihati, kita duduk dn berbincang bersama...
wasalam.
Guest Guest
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Wed Sep 30, 2009 7:35 pm
Bagi kita semua yang mendengar walau dari sudut mana, bagi yang diwar-warkan tanpa berfakta, ... Semua kita gunakan akal dan gunakan jiwa... fikir dan kaji... Tuhan ada... jangan sekadar mengangguk, mengiya kata-kata dari seorang yang berkata sesedap rasa.. tapi munafik alanya dengan saiz tak serupa sesiapa. ini semata-mata dugaan dalam dunia sebahagian manusia dan justifikasi seorang dua individu, semua sedia maklum. Sabar S7.
Sebagai komuniti baru dunia permotoran, S7 baru dalam segala-galanya. S7 juga baru ada HATI dan baru ada SAUDARA. HATI mendekatkan, SAKIT HATI akan menjauhkan. Jadi kekalkan S7 dengan HATI dalam menghadapi dugaan SAKIT HATI.
nazri_haya
Posts : 414 Join date : 12/08/2009 Age : 50
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Wed Sep 30, 2009 7:47 pm
Pendapat aku..aku dah agak dah mesti akan keluar ayat2 mcm tu dari puak2 yang tepi2 ni...so kita kena la terima dgn hati yang terbuka segala tohmahan dan kita juga sedia maklum masyarakat kita ni khususnya org melayu memang kuat irihati dan penuh hasad bin dengki..dan ini juga adalah 1 fitnah yang sgt besar buat kita..walaubagaimanapun dlm masa yang sama jika sesiapa yang berpeluang berjumpa dan kenal dengan si pemfitnah berilah sedikit nasihat yang baik2 kepada beliau...bukan nak cari gaduh atau cari pasal..sekadar berpesan-pesan..mungkin 1 hari nanti ada kaum kerabat atau sahabat handai pemfitnah ditimpa musibah dan beliau difitnah sepertimana dia memfitnah kita sekarang dan diwaktu itu dia akan rasa apa yang kita rasa skarang ... oleh yang demikian elok lah sesiapa yang kenal pasti pemfitnah ni berikan dia sedikit kesedaran diatas apa yang telah beliau fitnahkan..
HjRamdan
Posts : 76 Join date : 17/09/2009 Age : 58 Location : Kuala Terengganu
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Thu Oct 01, 2009 2:44 am
Wahai kenalan S7.... Pok Leh,Toe.hNr dan semuanya... Usahlah dikesali..Usahlah Disesali...Usahlah Diberi perhatian...
Resam Dunia...Pabila Musibah hadir.... Ada yang akan menangguk di Air Keruh... Fitnah, hasut, Umpat dan Keji mainan bibir... Berbagai andaian, berbagai cerita direka... Bukan apa...Dengki dan Khianat bersarang di hati...
Berserahlah pada Yang Maha Kuasa... Selangilah dengan Doa ..agar Ikatan Simpulan S7 semakin kuat.. Apa hendak dirosakkan hati..... Nanti....memakan diri sendiri... Jangan punahkan jatidiri....nanti tiada keikhlasan di hati...
Tidak perlu di pedulikan.... Nanti Ia menyesal sendiri...
Carilah ketenangan dihati... Cerminkan Personaliti... Jadikan Insan Terpuji... Biarlah ada yang mencerca atau mencaci.... Balasan untuk mereka di akhirat nanti...
p/s....saya/kami telah melaluinya suatu waktu dahulu... tika pihak kami diberi dugaan oleh Allah S.W.T.....Setelah di buat yg terbaik.... Keburukan jua yang nampak.......ALLAH MAHA MENGETAHUI....ALLAHUALAM..
ugly toe
Posts : 2179 Join date : 05/08/2009 Age : 53 Location : Tembeling Resort, Kuantan
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Thu Oct 01, 2009 8:47 am
[quote="HjRamdan"]
Terima kasih tuan Haji di atas nasihat yg matang
Last edited by ugly toe on Thu Oct 01, 2009 8:19 pm; edited 1 time in total
hNr
Posts : 496 Join date : 05/08/2009 Location : Kuantan
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Thu Oct 01, 2009 4:35 pm
Nasihat yg berguna dr Tn Hj dn kwn2 semua...
trmksh semua...
mr42
Posts : 693 Join date : 13/08/2009 Age : 53 Location : Kuantan
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Fri Oct 02, 2009 9:41 am
Salam dari aku...
Tahniah sahabat-sahabt S7 sekalian kerana masih dapat bersabar atas semua persepsi dari oarang yang tahu, orang yang sedikit tahu, orang yang tak tahu dan yang paling bahaya, orang yang buat-buat tahu...
Semalam aku ke KL, ada juga sahabat bikers kita yang bertanya dan mengucapkan salam takziah atas pemergian Allahyarham Nong...Alahmdulillah, persepsi sahabat-sahabat KL kita tu, masih lagi berrpegang kepada qada dan Qadar...Ajal Maut, jodoh pertemuan ditangan Allah S.W.T...
Dalam forum SBM ada forumer yang mencadangkan agar diberikan no akaun isteri Allahyarham untuk diberikan sumbangan..errr....Aku tak tahu nak kata apa, sebab no akaun ni hak keluarga Allahyarham dan bukan hak kita....Ada sesiapa boley bagi idea? Takut pula kalau ada PERSEPSI lain pula timbul ...
Al Fatihah...
nzx10
Posts : 286 Join date : 04/08/2009 Age : 47 Location : kuantan
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Fri Oct 02, 2009 11:34 am
HjRamdan wrote:
Wahai kenalan S7.... Pok Leh,Toe.hNr dan semuanya... Usahlah dikesali..Usahlah Disesali...Usahlah Diberi perhatian...
Resam Dunia...Pabila Musibah hadir.... Ada yang akan menangguk di Air Keruh... Fitnah, hasut, Umpat dan Keji mainan bibir... Berbagai andaian, berbagai cerita direka... Bukan apa...Dengki dan Khianat bersarang di hati...
Berserahlah pada Yang Maha Kuasa... Selangilah dengan Doa ..agar Ikatan Simpulan S7 semakin kuat.. Apa hendak dirosakkan hati..... Nanti....memakan diri sendiri... Jangan punahkan jatidiri....nanti tiada keikhlasan di hati...
Tidak perlu di pedulikan.... Nanti Ia menyesal sendiri...
Carilah ketenangan dihati... Cerminkan Personaliti... Jadikan Insan Terpuji... Biarlah ada yang mencerca atau mencaci.... Balasan untuk mereka di akhirat nanti...
p/s....saya/kami telah melaluinya suatu waktu dahulu... tika pihak kami diberi dugaan oleh Allah S.W.T.....Setelah di buat yg terbaik.... Keburukan jua yang nampak.......ALLAH MAHA MENGETAHUI....ALLAHUALAM..
t/kasih tn hj, satu nasihat yg berguna untuk semua rakan2 S7, demi masa depan dah arah tuju samurai 7 seterusnyer... ingat perjalanan S7 masih jauh lagi.... banyak perkara yg lebih penting dri perkara remeh temeh ni.... just buah mulut org je... bukan perkara sebenar...
diharap rakan2 S7 semua menerima dan memahami aper semua perkataan yg dikatakan oleh tuan hj... nasihat yg amat berharga... x terbeli dengan wang ringgit.... skrg ni kita teruji dimane tahap kesabaran kita... dgn tidak langsung kita dapat menilai dimaner tahap kesabaran kita sebenarnye.... diharap lepasni kita jangan cepat melatah... tq..
Juz
Posts : 759 Join date : 05/08/2009 Location : kuantan
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Sat Oct 03, 2009 2:57 am
Maaf kalau post ni menyinggung hati sahabt semua. Namun tiada maksud lain di dalam hati..Cuma ingin meluahkan rasa rindu dan kehilangan sahabat kita....Al fatihah.
Andainye ia tdk sesuai, bolehlah mod padamkan....Yang tidak baik datangnye dari saya dan yang baik itu datangnye dr Allah...
Guest Guest
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Sun Oct 04, 2009 6:30 am
Kesannya masih terasa...
zoloft
Posts : 779 Join date : 05/08/2009 Age : 50 Location : Perhentian Island
Subject: Re: Al Fatihah untuk Al Marhum Nong Mon Oct 05, 2009 4:39 pm
thank u ju for the video, al fatihah...................amin