Sesuatu yg memang di dlm perhatian. BOS Kuantan 09 yg dibincangkan sebelum ini merupakan pgrm yg menjurus kpd konsep yg sama spt bro TA cadangkan. Pun begitu, perancangan itu masih diperingkat awal perbincangan. Utk melaksanakan pgrm2 sebegini memerlukan sokongan dan komitmen padu dari warga S7 kerana baik atau buruk hasilnya nanti, secara langsung akan memberi impak kpd imej dan kredibiliti S7. Kerjasama warga S7 dituntut di dlm memberi pendapat, idea dan tenaga.
Pada asalnya, satu mesy berkaitan telah dirancang utk diadakan pada 30 Sep 09 bagi membincangkan berkenaan pgrm BOS Kuantan 09, namun di atas rasional S7 baru saja kehilangan seorg sahabat yg dikasihi (Al Fatihah), mesy tersebut difikirkan sesuai ditangguhkan. Ini juga bermaksud BOS Kuantan 09 diubah kpd BOS Kuantan 2010.
Tanpa kerjasama drpd seluruh warga S7, ini adalah sesuatu yg sukar. Banyak agenda yg perlu diberi perhatian; sumber kewangan, logistik, AJK penggerak, tarikh & lokasi dan sebagainya. Kpd Jeff, intai2lah tarikh sesuai utk kita semua duduk semeja utk membincangkan perkara ini. Kpd semua warga S7, sudi2lah menyumbangkan sebarang idea dan pendapat di ruangan ini.