Salam semua....
Dikesempatan ini...saya ingin memaklumkan bahawa satu konvoi motosikal berkuasa tinggi..
akan mengunjungi terengganu...
mereka dari RetroSuperbike yg juga dianggotai oleh forumer kita Zaimittc..dan juga ayah kpd Adiputra Budak Pintar iaitu Encik Ghani....
Konvoi mereka seramai 100 orang termasuk mpv,kereta dan motosikal berkuasa tinggi...
Tujuan mereka kesini selain berkonvoi, mereka ada aturcara beramal di kampung Undang dan Kuala berang.
Tarikh ketibaan mereka pada sabtu 19hb Dis 2009....sekitar jam 2 ptg di petronas Rantau abang.
Hasrat saya ingin menyambut mereka disana sambil sama2 berkonvoi menuju terus ke kampung Undang...
Dikampung Undang ada aturcara yg sudah disediakan oleh penduduk kampung sana...siap makan...
Insyaallah...sesiapa yang ingin sertai program ni....kita kumpul kat petronas rantau abang selepas solat zohor kira2 jam 2 ptg untuk menyertai mereka.