Mari berkongsi ilmu dan menimba seberapa banyak pengalaman yang boleh di sini. Post hasil karya anda untuk kita kongsi bersama. Tetapi dalam keghairahan berkongsi hasil kerja jangan kita lupa norma-norma kita sebagai masyarakat timur yang amat kaya dengan adat resam.
Gambar yang hendak kita kongsi hendaklah kepunyaan sendiri atau pun sudah mendapat keizinan dari pemiliknya jika kita hendak menggunakan gambar bukan milik kita.
Hantarkan gambar-gambar yang diambil dari segala bentuk media tidak mengira jenis dan model.
Semoga dengan wujudnya ruangan ini kita akan mendapat lebih banyak faedah dan berkongsi minat sesama kita.
Selamat berkarya.